Friday, November 16, 2012

Kelebihan air

Kenapa PERLU MINUM BYK AIR UNTUK KURUS ?

AIR UNTUK KURUS ? Biar betul?

Iya.. air putih dan bukannya airasia. Sebenarnya, kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pelansingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat berdiet. Mengapa saya berkata demikian? Di bawah disenaraikan mengapa air sangat penting dalam proses pengurusan dan pelansingan badan:

1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.

2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.

5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

10. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian
 




Tips Minum 3liter Air Sehari.

1 ) "x buncit perut ke kalau minum air banyak2?"


2) "kena minum air sampai 3 liter ke? x ke nanti asyik ulang alik ke tandas?"


3) "mcmana nak abiskan 3 liter air sehari? susahnya.."


Ini antara soalan yang selalu diajukan setiap kali saya nasihatkan untuk minum banyak air 

sekurang-kurangnya 3liter sehari. Jangan takut minum air yang banyak kerana air tidak 

menggemukkan. 

Sebenarnya pengambilan air dapat meningkatkan metabolisme badan seterusnya 

membantu untuk mengurangkan berat badan. Perut buncit? Jangan takutlah.. kan 

Rasulullah mengajar kita untuk cara minum yang betul;

♥ minum seteguk demi seteguk dan bukannya sekaligus

♥ jangan bernafas di dalam bekas air, dengan menjauhkan bekas air dari mulut semasa 

bernafas

♥ tidak meniup ke dalam air samaada untuk mengurangkan haba (air panas) atau 

menghembus sesuatu yang jatuh ke dalamnya.Sangat penting untuk tidak bernafas kerana 

gas karbon dioksida (CO2) yang dikeluarkan dari hidung atau mulut semasa 

bernafas/menghembus akan bercampur dengan air (H2O) 

dan seterusnya membentuk karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu janganla 

makan bersulamkan minum.. Itu juga salah satu penyebab perut buncit tau. Seelok-eloknya 

minum air 20-30min sebelum makan. Bukan sahaja baik utk sistem penghadaman tetapi 

juga boleh mengawal kita untuk tidak makan terlalu banyak. Kan perut pun jd cantik dan x 

buncit ^_*


Soalan ke2, ye memang kena minum air yang banyak. Tapi bukan banyak sekaligus. Kita 

ambil contoh kalau kita siram pokok di dalam pasu dengan sebaldi air sekaligus, sudah tentu 

pasu boleh pecah. Begitu juga dengan badan kita. Boleh memudaratkan sekiranya kita 

minum sekaligus dalam sesuatu masa. Anda boleh lihat perubahan yang ketara hasil dari 

pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan suplemen Shaklee, InsyaAllah ;-)



Soalan ke3, macamana nak abiskan 3 liter sehari? Meh saya kongsikan tips yang mungkin 

boleh membantu

♥ minum segelas air (250ml) sebaik shj bgn tidur, ini dikatakan salah satu petua awet muda juga

♥ ambil suplemen bersama-sama 2 gelas air

♥ minum segelas air sekurang-kurangnya 20minit sebelum makan

♥ minum segelas air selepas ke tandas atau selepas menyusukan bayi/mengepam

♥ letakkan botol air masak di atas meja kerja, di dalam bilik seaktu tidur, di dalam kereta 

supaya kita boleh terus minum sewaktu dahaga

♥ minum air sewaktu haus atau sewaktu lapar tetapi bukan waktu makan

♥ minum air suam supaya kita dapat menghirup sedikit demi sedikit

♥ cek pengambilan air secara detail. saya suka menetapkan setiap botol 500ml mesti 

dihabiskan dalam masa 2jam sewaktu di ofis. jadi, saya akan menghabiskan sekurang-

kurangnya 2.5 liter air dari pukul 8:00pg sehingga pkl 5:30ptg.

Senangkan? Boleh x kalau ikut tips ni? Kalau dah minum cukup air, kuranglah sikit rasa nak 

makan. 

Tambah-tambah lagi makanan ringan yg memang syok sangat dimakan ptg2 sesambil mata 

dok ngadap pc 

(ini utk mereka yang berkerja spt saya.. hehehe.. berdasarkan pengalaman sndr). Maka kita 

pun akan lebih sihat dan bertenaga.

Selamat beramal!! ♥♥♥









No comments: