Tuesday, April 29, 2014

mitos kurang susu

MITOS KURANG SUSU

“Kenapa tak bagi susu badan kat anak awak?”

“Oh sebab susu saya dah kurang. Baby tak puas dan asyik menangis je. Tu yang saya bagi susu botol,” jawab si ibu.

Itu jawapan paling senang dalam kalangan sesetengah wanita yang baru bergelar ibu. Kemungkinan dia langsung tidak mempunyai info tentang penyusuan susu ibu atau juga dia malas hendak bersusah payah menyusukan anaknya dengan susu ibu.

Sepatutnya sebaik disahkan mengandung, bakal ibu perlu mempersiapkan diri untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Ada segelintir ibu beranggapan hanya ibu bertuah sahaja mempunyai kuantiti susu yang cukup untuk menyusukan bayinya.

Dia beranggapan sedemikian kerana tiada susu yang mengalir keluar dari puting payu dara sedangkan bayi menangis tanpa henti kerana kelaparan. Lantaran tidak tahan mendengar tangisan bayi, ibu terus menyumbat susu formula ke dalam mulut bayi.

Ibu seharusnya tahu bahawa penyusuan susu ibu bukan proses semula jadi sebaliknya ia memerlukan ibu terus belajar dan mempraktikkan amalan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu bagi memenuhi keperluan bayi yang baharu dilahirkan.


Ketahuilah bahawa penyusuan pada satu jam pertama selepas kelahiran adalah sangat penting. Tidak perlu khuatir jika susu tidak keluar memancut-mancut kerana yang penting susu awal pekat dikenali sebagai kolostrum adalah susu penting yang berkhasiat untuk membina antibodi bayi.


Jangan risau bila orang lain cakap tiada susu kerana yang penting anda terus memberi bayi susu dengan kerap kerana ia membantu merangsang tubuh menghasilkan susu. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.

Semakin kerap mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan atau mengepam, anda telah membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lagi bagus, terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Ingatlah bahawa bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan. Bayi baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Tetapi ada juga bayi yang menyusu lebih daripada jumlah tersebut.

Tipnya mudah sahaja, semakin kerap bayi menyusu, semakin mudah payu dara kosong. Oleh itu semakin mudah payu dara kosong, maka semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan pengosongan payu dara dengan kerap.

tq pa&ma

Friday, April 4, 2014

medela purelan 100

Inilah dia krim yg sy paling suka sejak anak pertama lagi.

Medela purelan 100.

Kebanyakan ibu2 menyusu mesti akan rasa perit dan pedih kalau puting kita pecah kan. Tapi dalam sakit2 tu pun kita still akan menyusu jugak kan. Sayang kan anak kan. Tapi itu mmg igauan mimpi buruk la bagi saya.

Sudah bermacam2 krim saya cuba..tapi tak de yang sebagus krim medela ni. Sorry lah kalau overclaim...hahahha....saya memang dah jatuh cinta dgn krim ni.

Sebab itulah masa mengandung ni saya sudah amalkan sejak kandungan 5 bulan lagi. Seminggu dalam 3 kali saya sapu. Insyaallah menurut kawan2 yang sudah berpengalaman...nipple kita takkan crack langsung. Insyaallah. ...jika diizinkan...

Thursday, April 3, 2014

7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI



 1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala
Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang
lambat datang Rezekinya hendaklah banyak...
mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa
billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul
Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha
illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan
itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan
menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam
Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…
yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan
kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka
Turunkanlah.

Jika ada diBumi maka
Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak
maka BERKATI LAH agar kami dapat
menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR
MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN
& KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.
Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH.....