Thursday, November 27, 2014

Kene ambil zinc sebelum makan???!

Kenapa zinc diambil sebelum makan.
Kebanyakan ubat dan vitamin dimakan selepas makan samada Sarapan, Makan Tengahari, Minum Petang, Makan Malam. Tetapi tidak pada Zinc dan Zinc Shaklee tidak terkecuali.
Zinc Complex Shaklee disyorkan dimakan SEBELUM makan (1/2 jam atau sejam sebelum makan). Kenapa ya? Di sini ada jawapannya.
Dalam proses pencernaan normal, zinc boleh musnah atau terkeluar atau terikat dengan bahan lain. Bahan yang kita makan seperti susu, roti atau bijirin lain ada satu kandungan yang dipanggil phytates. Phytates ini akan ikat zinc yang kita ambil yang mana akan ganggu proses penyerapan zinc dalam badan kita. Kalau kita ambil roti dan susu, phytates ini akan secara aktifnya serap zinc dan secara automatiknya bioavailability zinc ini akan menurun. So vitamin yang kita makan tu tiada kesan pada badan kita.  Perut kita ada asid. Asid perut boleh melarutkan zinc dengan cepat bila perut kosong. Jadi senang nutrisi dan mineral dari zinc menyerap dalam badan kita.
itu lah ZINC
Luv u all
Didie  0162067011 
Agen  shaklee  anda 

Tuesday, November 25, 2014

Petua dari Rasulullah

Petua Mujarab dari Nabi Muhammad S.A.W

Mari kita amalkan

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Wallahu'alam...

Wow...kulit suaminya pulak flawless

Assalamualaikum  semua

Biasa kita baca testimoni perempuan kan....haaa ni ambik...suami pulak yg nampak kesan...siap repeat order tu...

Jom kita bagi ayah, suami, abang, boypren...abang angkat pun boleh . ...

Friday, November 21, 2014

Set kesihatan untuk warga emas

Assalamualaikum  semua...

Ayah dan ibu...
Confirm la semua orang ada ayah dan ibu. Yang sudah meninggal jangan lupa sentiasa hadiahkan Al fatihah untuk arwah...itu hadiah paling berharga buat mereka.

Apabila usia sudah melewati 50....biasalah banyak penyakit yang  datang. 

Shaklee ada menyediakn  beberapa supplemen yang  boleh membantu beberapa jenis penyakit yg mungkin kene pada golongan warga emas ini.

*Set untuk kencing manis/ diabetis*

~ GLA, Zinc & Alfalfa Complex
• menghalang komplikasi diabetis
• Zinc membantu pengeluaran insulin seterusnya memperbaiki diabetis
• meringankan kebas dan kesakitan disebabkan gula darah yang tinggi
• merendahkan gula dalam darah

*Set darah tinggi*

~ OmegaGuard & Garlic Complex
• mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
• melancarkan peredaran darah dan menghalang pembekuan
• membantu mengekalkan tekanan darah ke tahap normal

*Set jantung*

~ CoQHealth Plus
• menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• meningkatkan peredaran darah dan tahap kesihatan jantung
• menggalakkan dan melindungi arteri sihat terhadap penghasilan pengoksidaan LDL

*Set Gout*

~ OmegaGuard, Alfalfa & Performance
• Alfalfa bertindak menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak
• OmegaGuard penting untuk mengelakkan radang pada sendi dan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum bengkak menjadi lebih teruk
• Performance drink memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Bekalan air yang mencukupi dalam badan sangat penting bagi pesakit gout untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detoks di atas.

**Vivix Shaklee - membantu masalah jantung, darah tinggi, kencing manis dll. Selepas pengambilan vivix akan kelihatan kesan yang sangat positif.

Disclaimer:
Produk shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Jom hubungi didie ye....😄😄 0162067011 
Agen shaklee anda

Wednesday, November 5, 2014

Testimono omega guard shaklee

Jom baca segala testimoni ni

Manfaat omega

Assalamualaikum   semua...

Bulan ini ialah bulan promosi omega beli 6 tapi kita dapat 7...😃😃

Ini adalah vitamin wajib  kami sekeluarga...
Kenapa wajib? Jom kita tengok  manfaat2 yang kita boleh dapat dengan omega  ni...

Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun
tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru,
payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Alhamdulillah . .sampai hari ini sudah 3 kali repeat order....ye lah ada 2 promosi :

- beli 6 dapat 7
-beli 2 omega  ada potongan 5%...

Siapa nak bagi tu cik nonnnn...
Jom beli

Didie  0162067011 
#shakleeeffect 
Agen shaklee anda

Jom kita baca kisah ini

SEDIH...! SEDIH..! SEDIH..!

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu  yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya,

“Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya
tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah.

Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan
balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja
keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar denga
n kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah
terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak…
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara
tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu.
Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah
seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curahan hati abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya.”

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi
buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

~~~Hargai orang tu
a kita selama dia masih hidup ...kadang kala kita
terlalu sibuk dengan kerja ...sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar
kita berjalan utk bekerja..

JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA

SHARING IS CARING

Heart Attack and Water

Assalamualaikum  semua.

Hari ini didie share apa lagi yg didie dpt dlm group whatapps . ..

Moga berguna   ye kawan2.
           
How many folks do you know who say they don't want to drink anything before going to bed because they'll have to get up during the night  ??? Heart Attack and Water - I never knew all of this! Interesting.......

Something else I didn't know ... I asked my Doctor why do people need to urinate so much at night
time.

Answer from my Cardiac Doctor - Gravity holds water in the lower part of your body when you are standing (legs swell).
When you lie down and the lower body (legs and etc.) seeks level with the kidneys, it is then that the kidneys remove the water because it is easier. This then ties in with the last statement!

I knew you need your minimum water to help flush the toxins out of your body, but this was news to me.

Correct time to drink water.. Very Important. From A Cardiac Specialist!

Drinking water at a certain time maximizes its effectiveness on
the body:
  
2 glasses of water
after waking up -
helps activate
internal organs,
      
1 glass of water
30 minutes before
a meal - helps digestion,
        
1 glass of water
before taking a bath -
helps lower blood pressure,
        
1 glass of water before going to bed - avoids stroke or heart attack

I can also add to this... My Physician told me that water at bed time will also help prevent night time leg cramps.

Your leg muscles are seeking hydration when they cramp and wake you up with a Charlie Horse.

A Cardiologist has stated that if each person after receiving this e-mail,
Please send it to 10 people, probably one life could be saved!

I have already shared this
information. What about you?

Do forward this message. It may save lives!
"Life is a one-time gift"

Didie 0162067011 
Agen shaklee anda

KENAPA ALLAH MENYAMPAIKAN SALAM BUAT KHADIJAH?

Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. Kata Syeikh Tariq Jamil rah, tidak kurang daripada 200 tampal.

Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, "Saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama". Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

************************

Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.
Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,
"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah"

Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih
nikmat dari segalanya.
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.
Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.

Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.

Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.