Tuesday, October 8, 2013

yaahooooo....my HB perfect!!!!!!

Alhamdulillah h asil check up hari ni , bacaan hb ku stil menunjukkan bacaan yang sangat baik. tak pernah kurang daripada 13 ok. Sampai nurse2 di situ KAGUM YANG AMAT. ....hahahaha...saya yang terkejut kenapa lah nak kagum sangat ni...

Rupa-rupanya bagi ibu mengandung paras heamoglobin memang menjadi suatu masalah  bagi sesetengah orang kan?

Ye la paras hb ini akan mempengaruhi baby dlm perut kita tu kan.....so jaga2 la pemakanan....

Insyaallah saya mmg mengamalkan supplemen shaklee sejak sebelum pregnant lg....mmg membantu

Friday, October 4, 2013

Teknik memperbanyakkan susu badan

Alhamdulillah memdapat zuriat adalah idaman setiap pasangan kan. Kita cuba memberikan yang terbaik bagi bayi comel kita ni.

SUSU IBU....ramai yang berusaha tum memperbanyakkan susu mereka saya boleh ekslusif susukan bayinya selama 2tahun kan. Tapi ramai yang tak berjaya.

Jom kita berusaha......dan amalkan teknik-teknik ini.


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)

4 akibat tidal membersihkan makeup di waktu malam


MAKE UP!!

Semua suka make up kan? Tapi berapa ramai yang akan bersihkan make up Ni sebelum tidur?

Kadang-kadang Kita memang tau tapi kesibukan membataskannya kan....hehehehe....
Nak cantik memang kene berkorban kan?
Malas membersihkan wajah yang berlapis make up ni boleh menimbulkan kesan buruk terhadap kulit. Jom kita tgk kesannya

💍kulit akan jadi kering
💍kulit berkedut
💍kulit kemerahan
💍pori wajah membesar

ITU DIA!!!!! Kesannya macam ada di kulit saya juga......JOM KITA BERUBAH tuk dapatkan kulit yang lebih sihat.

Sunday, July 21, 2013

ya Allah izinkan aku nikmati nikmatMu ni lagi...

Kuasa Allah mengatasi segala2nya. ..

Syukur ya Allah atas nikmatMu ini

Friday, July 19, 2013

Monday, July 8, 2013

Set Penyusuaan Shaklee

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..

Set 1 - Mengandungi B Complex, vitamin C, vita lea dan alfalfa .
Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat .Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu .Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan /berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa

Set 2 - Mengandungi B complex, vitamin C, vita lea dan ostematrix. Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS). Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set 3 - Mengandungi B complex, vitamin C, vita lea, ostematrix dan alfalfa
Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Mengandungi B Complex, vitamin C, vita lea ,alfalfa , ostematrix dan ESP Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi /induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya

Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana.. " Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya".




Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan Fadilah Vitashop (sms/whatsapp 016-2067011

Boleh hubungi di laman fb saya Fadilah Hassan

Wednesday, July 3, 2013

GLA membantu derita eczema

Salam semua
ECZEMA....siapa yg pernah kene taulah deritanya.....gatal...pedih...aduh lebih2 lagi kalau anak2 kecil yg kene..mmg kesian.
Kajian yg di lakukan oleh British Medical Journal menyatakan seseorang yg mengambil supplemen yg mengandungi borage oil  takkan menunjukkan simptom2 ekzema....in sha allah kan..
Borage oil ini boleh didapati di dalam Gla Complex Shaklee. Bezanya dengan evening primrose oil,  kepekatannya sgt sikit.
Satu lagi kajian yg dilakukan oleh George Eliot bersama2 pasukan dari Universiti of Leicester UK .kajian ini dilakukan ke atas 151 pesakit yg menghidapi ekzema.
PEmerhatian dilakukan setiap minggu selama 2 bulan
Kajian mendapati slps 2 bulan tahap penyakit ekzema mereka semakin berkurang. 
Alhamdulillahkan
Boleh hubungi saya ye utk makluman lanjut
Fadilah hassan 0162067011

Jom ke fb saya Fadilah Hassan

Sunday, June 30, 2013

GLA Complex

Assalamualaikum wanita2  cantik ...
Hari baru...semangat baru.....
GLA COMPLEX.....kawan2 saya asyik la repeat order gla ni...kenapa ye....mesti istimewa sgt gla ni...hehehehe
Kita selalu dengar evening primrose oil kan? Ataupun orang panggil epo. Saya kenal epo ni sejak dari zaman sek men lagi....my mum mmg rajin makan supplemen ni...dan selalu galakkan anak daranya ni ambil supplemen. Sebab tu lah saya suka ambil supplemen ni...ye la health is wealth ^__^
Di pasaran memang ada jual gla ni...gla yg biasa di pasaran biasanya dihasilkan dari epo. Namun GLA COMPLEX SHAKLEE ini dihasilkan dari ekstrak BORAGE yg mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dlm EPO. Borage juga ada 3 kali lebih dari segi bioavaibiliti dan 3 kali lebih berkesan dr EPO.  WAH MEMANG HEBAT!

Khasiat utama GLA Complex

Herba tradisi yg dipercayai
★borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

Mengawal selia estrogen dan testosteron
★gla membentuk prostagladin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS spt kesakitan , mood swing, retensi air dan sakit payudara.

Melambatkan menopous
★memperbaii keadanan menopous spt hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatka  uterus , memberi tone kpd uterus utk kulit lebih muda

Memperbaiki prostatomegaly
★gla memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang kanser
★gla adalah anti oksidan  yg meningkatkan sistem imun tubuh,  menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

Memperbaiki inflamasi kulit
★ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema,  alergi, kegatalan , kulit kering , memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkakb yg terjadi dr rheumatism, artritis.

Menghalang komplikasi diabetes
★merendahkan gula darah, berkesan utk diabetes sms hamil

jom ke fb saya Fadilah Hassan

Sunday, June 23, 2013

Khasiat lecitin


Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Jom singgah ke fb saya Fadilah Hassan....dan fb page saya Sihat dan cantik

Wednesday, March 27, 2013

Pentingnya kalsium dalam badan!!

Sebelum tu meh kita tengok video nie

So..bulan ini Mac 2013) ada promosi beli 6 dan percuma 1 OSTEMATRIX SHAKLEE!!
So bersempena harga terjun gaung ni...hihi...meh kita cerita skit berkenaan tentang ostematrix ni.

Ini juga antara produk kesukaan saya . Kenapa???

Sebabnya bila saya ambil sebelum tidur.....esoknya In sha Allah akan segar-bugar.....betul...meh try kalau nak tahu ...

Apa bezanya Ostematrix dengan pil-pil kalsium di pasaran?

Pihak Shaklee telah memastikan ostematrix ini mengandungi kalsium yang paling seimbang iaitu tahap penyerapannya 99%. Formulanya unik , dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati yang mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, kuprum, mangenes dan boron. Gabungan nutrien ini perlu diambil bersama-sama supaya tahap penyerapannya maksimun dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah menunjukkan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang berumur dengan berkesan.

Inilah dia kandungan di dalam Ostematrix ni

Kalsium ini tidak boleh dihasilkan dalam badan, so kita perlu mengambil nutrien kalsium ini daripada diet seharian...tapi kalau nak pastikan kita dapat kalsium dalam jumlah yang cukup, telan je Ostematrix ni...confirm cukup!!

Apa istimewanya ostematrix Shaklee ni?

Ostematrix ini ada gabungan magnesium dan vitamin D, yang penting. Kalau jumlah kalsium banyak, tapi tak boleh diserap ke tulang, tak guna jugak, kan?

Magnesium ini umpama lori yang tolong bawa kalsium ke tempat or organ yang memerlukannya.

Vitamin D pula umpama kunci yang tolong bukakan pintu supaya kalsium boleh masuk dalam sel....

GABUNGAN YANG SANGAT HEBAT KAN!!!!

Jika berminat nak cuba, boleh PM atau SMS/WhatsApp saya di 016-2067011. Konsultasi percuma dan harga istimewa menanti anda ('',)

bawang putih a.K.a GARLIC!!!!

Siapa kat sini suka dan gemar makan bawang putih....????

Angkat tangan!!!....Eh nape sikit je yang angkat tangan ni....mesti ramai yang tak suka kan dengan bawang putih ni...hehehheh...,termasukla saya...

Rasanya yang sangat enak tu la kan....heeeeee....


Tapi kan kalau u ollss suka dengan bawang putih ni satu kesan penting yang u ollss akan dapat adalah cantik jelita dan susah nak kene penyakit..!!

Nape orang korea cantik?
Kenapa kulit mereka mulus tulus je,,,hehehe?

Salah satu sebabnya ialah...mereka sudah amalkan makan bawang putih ni sejak mereka kecil lagi. Makan berlabu-labu ok....bukannya macam kita yang setakat letak 2 ulas dalam lauk. Itupun kalau nak makan ketepikan bawang putih tu...hehehe...saya la tu. Kalau da namanya peminat K-pop tu mesti terbayang2 lagi wajah mereka yang mulus kan. Kecantikan memang menjadi aspek penting bagi mereka. Mereka akan berusaha untuk nampak cantik. Kalau tidak takkan ada pelajar korea yang  baru 10 tahun dah bawa collagen jelly ke sekolah...hahaha umur baya tu pun takut muka berkedut.

Satu lagi kebaikannya yang saya suka ialah bawang putih ini bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Saya ni memang alergi antibiotik ada 2 jenis antibiotik yang saya tidak boleh ambil iaitu jenis erytro dan cephalo... Oleh kerana 2 jenis antibiotik ni saya tak boleh ambil...saya dah fobia nak ambil apa2 jenis antibiotik. Nanti sakit kita yang tanggung , kan? So cara selamat saya ambil lah Garlic Shaklee ni....hehehe kalau garlic original tak tertelan kang... ^____^

Wah...1 tablet = 500mg bawang putih!!!!
Senang. kan?

Garlic Shaklee ini dibuat dari bawang putih jenis premium , bebas racun perosak dan ditaman secara organik di California USA di waktu musim panas. Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic.1 tablet membekalkan 500mg ekstrak garlic tulen.

Manfaat Utama


  •  Mengandungi sprearmint yang mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • antibiotik semulajadi dan selamat
  • menghalang alergi
  • mempertingkatkan sistem penghadaman
  • memoderatkan tekanan darah tinggi
  • detaksifikasi
  • menurunkan kolesterol
  • mencegah kanser
  • menstabilkan glukos...
Marilah cuba kawan-kawan......


Tuesday, February 19, 2013

UPM - segala-galanya bermula di sini.

UPM
Universiti Putra Malaysia

Tempat ku belajar segala-galanya. Rindu sangat tempat ni..2006 grad.. 2007 ada la jejakkan kaki balik kat sini. Itu yang last kot .....Bukannya jauh pun,selalu g KL  tapi tak menyinggah pun kat sini. Ni pun dapat lalu...tapi oleh kerana nak kejar masa, tak sempat nak masuk dlm kawasan fakulti....tapi hubby da janji NEXT TIME.....make sure ye NEXT TIME! Rindu nak g ke Jabatan Biologi....

Kawasan masjid...still macam dulu...
pintu gerbang ni pun still sama...hehehe
haaa....yang ni apa ye...macam pusat pelajar..Haa..yang ni baru..macam BEST jek...
Ni sapa pulak ni..hehehe..ni la tuan tanah yg excited ni...aqil pasrah je

bangunan koperasi...haa siap ada poster shaklee...BESARNYE POSTER 
Haaa da sampai tempat yg dituju (umah abg n adikku)...ni la sebab nak kejar masa SANGAT tu....nak mandi pool je sebenarnya....hahaha..... 

Sunday, February 17, 2013

DHA dan omega


Selalu kita jumpa perkataan DHA , kan? Jika di pasaraya, sama ada di bahagian telur ayam ataupun di bahagian susu-susu formula bayi. Kenapa perlu DHA ini dimasukkan ke dalam makanan-makanan ini?

Sebenarnya apa yang penting sangat dengan DHA ni...?

DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90% daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!

Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantung kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.

Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pra-lahir yang mereka ambil.

Jadi apa kata pretty preggy mummy yang sedang membaca ini.....ambillah omega guard shaklee ini yang boleh membekalkan sumber DHA dengan secukupnya kepada bayi anda.

Selamat mencuba....

promosi februari


Thursday, February 14, 2013

Jenis Makanan Awet Muda

Pola pemakanan kita selama inilah yang akan menjadikan kita nampak tua. Percaya atau tidak tapi inilah hakikatnya. Pola pemakanan rakyat Malaysia lebih kepada makanan berlemak, berminyak dan manis. 

Tahniah kepada mereka yang mengamalkan makanan yang sihat! Di sini saya senaraikan beberapa makanan yang akan membantu kita kelihatan lebih muda.

1. Ikan yang berminyak

Ikan yang saya maksudkan ialah ikan yang tinggi kandungan omega 3 seperti, tuna, sardin, makerel, salmon dan ikan bilis. Ikan-ikan jenis ini akan membantu mencantikkan ton kulit kita, melancarkan pergerakan sendi, meningkatkan perkembangan saraf otak dan memelihara kesihatan mata kita. Makanlah 2 ke 3 hidangan seminggu.




2. Buah buahan jenis berri

Buah-buahan ini kaya dengan anti oksidan 'anthocyanins' di mana akan memberi perlindungan daripada kulit ke jantung kita. Buah jenis ini juga akan merendahkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Selain itu komponen polyphenolics membantu mengeluarkan toksik di dalam badan kita. Oleh itu tambahkan buah-buahan berry di dalam hidangan anda.



3. Alliums

Kumpulan alliums ini terdiri daripada bawang putih dan bawang merah. Kumpulan bawang ini kaya dengan anti oksidan bernama flavonoids. yang akan meningkatkan kesihatan jantung dan sistem peredaran darah kita seterusnya meningkatkan kualiti sistem imun badan. 


4. Teh Hijau

Teh hijau ini boleh merendahkan kolesterol badan, meningkatkan fungsi otak dan melindungi kita daripada kanser. 


5. Kekacang

Sumber protein , fiber, asid lemak perlu dan vitamin B ini juga merendahkan kadar kolesterol badan dan mengelakkan serangan jantung. 
6. Produk soya

Susu soya  dan tofu adala makanan yang penuh dengan estrogen dan isoflavones di mana akan menbantu mengekalkan kolagen dan kelembutan kulit. Yang pasti awet muda ok!

7. Tomato

Makanan yang kaya dengan vitamin C, tomata mengandungi lycopene yang membantu menghalang kulit kita rosak akibat pancaran cahaya matahari. Selain itu tomato melindungi daripada kanser prostat dan serangan jantung.
8. Mangga

Wow! Ini buah kegemaranku...hihihi... Makanan yang kaya dengan vitamin C ini juga mengandungi elemen magnesium, kalsium dan fosforus.

Jom cuba amalkan makan ini supaya kita kelihatan lebih muda dari usia sebenar.....SELAMAT MENCUBA!!!

Omega Guard Shaklee

Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Special untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin

2. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

3. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak

4. Mengelakkan kelahiran pra-matang 
5. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
6. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
7. Mencegah salur darah dari tersumbat
8. Omega 3 dapat mengelakkan strok
9. Mengekalkan tekanan normal darah
10. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
11. Mengurangkan sakit kepala
12. Mengurangkan kolestrol
13. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
14. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
15. Mengawal masalah obesiti
16. Mengurangkan risiko penyakit jantung
17. Membantu menyihatkan paru-paru dan mengurangkan asma
18. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
19. Memelihara sendi dan mengelakkan keradangan sendi
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat, kanser pancreas dan kanser kolon.
21. Mencegah gout 

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies). Hanya ikan terbaik dari perairan Jepun.

2.Yang penting bukan dari minyak ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Wednesday, February 13, 2013

Omega 3 - Mempertingkatkan kualiti otak.


IKAN....

 Ada antara kita yang suka dan ada yang tidak. Tidak kisah la suka atau pun tidak, yang pasti ikan mempunyai nutrien yang sangat penting buat otak kita.

Nutrien yang dimaksudkan ialah OMEGA-3. Ramai yang pernah dengar tentang asid lemak Omega 3 sebelum ini, ia kini ditambah kepada makanan seperti roti, mayonis, pizza, telur dan susu bayi. Tapi persoalannya apa yang penting sangat elemen omega-3 dalam makanan kita?




Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 mempunyai pelbagai kebaikan seperti berikut:

~menghalang penyakit keradangan usus dan sendi
~mengurangkan gejala anak yang hiperaktif
~mengurangkan risiko penyakit kronik
~mengurangkan risiko strok
~menajamkan memori
~meningkatkan keupayaan untuk belajar dan   menumpukan perhatian (lebih fokus)
~untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan
~meningkatkan mood dan menstabilkan emosi 
~mengurangkan alergi
~membantu untuk kurus dan membakar kalori lebih cepat




Omega 3 dan kesannya terhadap Pembelajaran

Sekumpulan penyelidik telah menjalankan kajian terhadap sekumpulan 100 orang pelajar. Selama 6 bulan kajian, separuh daripada pelajar-pelajar ini mengambil omega 3(kapsul) dengan makanan mereka manakala separuh lagi tidak mengambil omega 3.

Menariknya, mereka mendapati 40% daripada pelajar-pelajar yang mengambil omega 3 ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam prestasi mereka di sekolah berhubung dengan pembelajaran dan tingkah laku daripada pelajar-pelajar tidak mengambil omega 3.Malah ada ibu bapa yang terkejut dengan perubahan pembelajaran anaknya. 

Para pelajar ini juga dikesan mempunyai perasaan yang lebih positif, kurang kemurungan dan lebih ceria. 

Omega 3 biasanya ditemui dalam ikan air sejuk berminyak seperti sardin, mackarel, ikan bilis, herring, salmon dan  tuna.


Namun, ramai yang bimbang dengan kewujudan logam berat seperti raksa dan merkuri di dalam ikan ini. Walau bagaimanapun, dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika pada tahun 2006, ia telah menyatakan bahawa faedah dan kebaikan makan ikan ini jauh lebih tinggi daripada risiko negatif ini. 

Berapa banyak ikan kita perlu makan untuk mendapatkan bekalan omega ini?

Anda boleh memenuhi sasaran pemakanan Omega 3 dengan makan 2 makanan ikan berminyak seminggu.

Kalau rasa susah nak maintain makan ikan, apa kata ambil pil-pil dan kapsul omega sahaja.

Saya boleh cadangkan anda mengambil Omega Guard shaklee. Omega ini hanya memilih ikan terbaik di dunia sahaja. Ia diekstrak daripada ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Omega ini dapat dipastikan tidak mengandungi logam-logam berat kerana telah menjalani 3 kali penyulingan molecular.



Hubungi saya , Fadilah Hassan 
call/sms/whatsapp 016 206 7011

saya akan berikan harga yang istimewa ini....

`Bertukar jenama boleh menukar kualiti hidup anda'







Tuesday, February 12, 2013

Antibiotik....



Kalau kita pergi ke klinik atau hospital, mesti doktor bekalkan kita dengan antibiotik kan?

Tapi ada juga doktor tu tak bagi antibiotik...kenapa ye?




Antibiotik adalah ubat yang digunakan untuk membunuh bakteria. Jadi, kalau penyakit yang disebabkan oleh virus contohnya demam selesema, antibiotik tak kan berkesan. Melainkan kita sudah demam 3/4 hari, dan sudah ada kahak kuning / hijau...(eeeiiii..) , barulah aNtibiotik akan berkesan. Ini kerana sudah ada jangkitan bakteria di situ. 

Terdapat juga beberapa makanan yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi seperti:
~bawang putih
~buah-buahan
~madu
~dan beberapa essentiol oil dari herba



Antara supplement Shaklee yang bersesuaian yang saya boleh cadangkan ialah GArlic Complex. 
Garlic ini adalah antibiotic semulajadi. Ianya selamat digunakan untuk jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh. 



Wednesday, February 6, 2013

10 makanan yang baik untuk kesihatan jantung.


1. Makanan beroat
Mulakan anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya dengan asid lemak omega3, folat dan kalium. Selain itu, ia kaya dengan serat membantu mennurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2. Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega3 ini efektif menurunkan tekanan darahan mencegah pembekuan darah. Makanlah 2 keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33%.

3. Avokado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang jaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkab kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4. Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggak tidak tepu. Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5. Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond.

6. Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas seperti kacang merah dan kacang hitam yang kaya dengan anti radangan.

7. Blueberries
Blueberry,  raspberry,  strawberry dan jenis beri lainnya kaya anti radangan. Berfungsi mengurangkan risiko oenyakit jantung dan kanser.

8. Bayam
Bayam kaya akan berbagaikomponen sihat seperti lutein, f
lat, kalium dan serat.

9. Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan imega 6. Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10. Kacang soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kokesterol kerana rendah lemak.

Wah bagus ada 10 makanan yang sangat  baik untuk jantung kita kan. Cuba perhatikan dalan kebanyakan 10 makan di atas mesti makanan tersebut penuh dengan sumber omega 3 kan?
Di bulan ni ada offer produk shaklee ni...Omega Guard!!!!
Marikah sama sama kita menjaga kesihatan kita.
Prevention is better than cure!
Hubungi saya ye, Fadilah (016-2067011) untuk mengetahui denga  lebih lanjut tentang produk ini.