Wednesday, February 13, 2013

Omega 3 - Mempertingkatkan kualiti otak.


IKAN....

 Ada antara kita yang suka dan ada yang tidak. Tidak kisah la suka atau pun tidak, yang pasti ikan mempunyai nutrien yang sangat penting buat otak kita.

Nutrien yang dimaksudkan ialah OMEGA-3. Ramai yang pernah dengar tentang asid lemak Omega 3 sebelum ini, ia kini ditambah kepada makanan seperti roti, mayonis, pizza, telur dan susu bayi. Tapi persoalannya apa yang penting sangat elemen omega-3 dalam makanan kita?




Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 mempunyai pelbagai kebaikan seperti berikut:

~menghalang penyakit keradangan usus dan sendi
~mengurangkan gejala anak yang hiperaktif
~mengurangkan risiko penyakit kronik
~mengurangkan risiko strok
~menajamkan memori
~meningkatkan keupayaan untuk belajar dan   menumpukan perhatian (lebih fokus)
~untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan
~meningkatkan mood dan menstabilkan emosi 
~mengurangkan alergi
~membantu untuk kurus dan membakar kalori lebih cepat




Omega 3 dan kesannya terhadap Pembelajaran

Sekumpulan penyelidik telah menjalankan kajian terhadap sekumpulan 100 orang pelajar. Selama 6 bulan kajian, separuh daripada pelajar-pelajar ini mengambil omega 3(kapsul) dengan makanan mereka manakala separuh lagi tidak mengambil omega 3.

Menariknya, mereka mendapati 40% daripada pelajar-pelajar yang mengambil omega 3 ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam prestasi mereka di sekolah berhubung dengan pembelajaran dan tingkah laku daripada pelajar-pelajar tidak mengambil omega 3.Malah ada ibu bapa yang terkejut dengan perubahan pembelajaran anaknya. 

Para pelajar ini juga dikesan mempunyai perasaan yang lebih positif, kurang kemurungan dan lebih ceria. 

Omega 3 biasanya ditemui dalam ikan air sejuk berminyak seperti sardin, mackarel, ikan bilis, herring, salmon dan  tuna.


Namun, ramai yang bimbang dengan kewujudan logam berat seperti raksa dan merkuri di dalam ikan ini. Walau bagaimanapun, dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika pada tahun 2006, ia telah menyatakan bahawa faedah dan kebaikan makan ikan ini jauh lebih tinggi daripada risiko negatif ini. 

Berapa banyak ikan kita perlu makan untuk mendapatkan bekalan omega ini?

Anda boleh memenuhi sasaran pemakanan Omega 3 dengan makan 2 makanan ikan berminyak seminggu.

Kalau rasa susah nak maintain makan ikan, apa kata ambil pil-pil dan kapsul omega sahaja.

Saya boleh cadangkan anda mengambil Omega Guard shaklee. Omega ini hanya memilih ikan terbaik di dunia sahaja. Ia diekstrak daripada ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Omega ini dapat dipastikan tidak mengandungi logam-logam berat kerana telah menjalani 3 kali penyulingan molecular.



Hubungi saya , Fadilah Hassan 
call/sms/whatsapp 016 206 7011

saya akan berikan harga yang istimewa ini....

`Bertukar jenama boleh menukar kualiti hidup anda'







No comments: