Monday, February 2, 2015

10 Khasiat Daun Ketumbar

Assalamualaikum semua..

Minggu lepas saya dapat 2 cekak daun ketumbar pemberian apek kebun belakang rumah ni.
Biasanya daun ketumbar ini  kita boleh  masukkan ke dalam sup, tom yam salad, roti bakar dan juga makanan yang dipanggang.

TETAPI  oleh kerana banyak sangat yang apek kebun ni bagi ( dan terlupa nak bawa balik kampung...hihihi..) kita kisar dan buat JUS DAUN KETUMBAR.....ditambah dengan GULA STEVIA. Menambah perisa...memang sedap. Cuba lah kawan-kawan.

ini ada 10 KHASIAT DAUN KETUMBAR yang pakcik gugel bagi tadi

  • Pencuci darah (blood cleanser) – membersihkan darah dari racun-racun yang mengandung metal seperti merkuri.
  • Membantu pencernaan dan perut kembung
  • Mengurangi gejala arthritis
  • Infeksi saluran kencing
  • Mencegah atau menghilangkan muntah-muntah
  • Menurunkan kadar gula
  • Menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL
  • Mengandung serat (fiber)
  • Mengandung zat besi
  • Mengandung zat magnesium

Wah...banyak khasiatnya!

Selamat mencuba

Tengok licin ni....memang sedap.

No comments: