Saturday, September 6, 2014

Rahsia banyakkan susu

Assalamualaikum semua , ibu2 dan bapak2....hehehe..

Ramai pm saya ni tanya macam mana nak banyakkan susu badan.

Saya dulu pun masa anak pertama bukannya susu tak banyak tapi sebab tak banyak ilmu. Aqil hanya dapat fully breastfeed smpi 3 bulan je..lepas tu dah start campur. Masa tu sangat excited nak pilih susu yg mahal....konon-kononnya itulah susu yg terbaik . Sebenarnya SUSU IBU ADALAH SUSU YG TERBAIK.  Susu ibu lebih mahal dari sudut nutrien dan khasiatnya.

Jom kita kongsi rahsia ni. Sharing is caring...hehehe

Yang paling penting adalah MINDSET dan SELALU BERDOA PADA ALLAH sejak mengandung lagi. Selalu ye bukannya sekali je. Mindset- dah selalu terbayangkan susu u oll banyak...bayangkan akan mengepam susu...bayangkan susu penuh dekat peti ais.

Belilah pam susu yang bersesuaian.  Ada banyak jenama di pasaran. Belilah ikut kemampuan yg boleh membantu kita menjimatkan masa dan selesa.

Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 2 jam atau 3jam sekali. Jika perlu buat power-pumping.

Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri.

Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi.

Kalau baby kita belum memulakan solid food elakkan beri baby kita air masak, susu gormula dan jus buah untuk pastikan baby kita terus menyusu badan.

Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu

Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama

Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.

Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.

Jangan ambil apa2 sahaja yang boleh mengurangkan penghasilan susu ibu contohnya penggunaaan pil perancang dan juga pil2 pelangsingan. Sabarlah dulu ye ibu2...lepas 2 tahun baru boleh.

Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit

Ambil lah makanan yang dipercayaai boleh menambah susu ibu.

Saya memang mengamalkan supplemen shaklee. Sebab saya percaya saya perlu memastikan badan saya cukup kandungan protein, kalsium, dan vitamin2 yang lain.
Supplement yg membantu saya
☺esp
☺b complex
☺ostematrix
☺vitalea
☺alfalfa

Moga membantu ibu2 diluar sana...

Fadilah 0162067011
Agen shaklee anda

No comments: