Thursday, February 14, 2013

Jenis Makanan Awet Muda

Pola pemakanan kita selama inilah yang akan menjadikan kita nampak tua. Percaya atau tidak tapi inilah hakikatnya. Pola pemakanan rakyat Malaysia lebih kepada makanan berlemak, berminyak dan manis. 

Tahniah kepada mereka yang mengamalkan makanan yang sihat! Di sini saya senaraikan beberapa makanan yang akan membantu kita kelihatan lebih muda.

1. Ikan yang berminyak

Ikan yang saya maksudkan ialah ikan yang tinggi kandungan omega 3 seperti, tuna, sardin, makerel, salmon dan ikan bilis. Ikan-ikan jenis ini akan membantu mencantikkan ton kulit kita, melancarkan pergerakan sendi, meningkatkan perkembangan saraf otak dan memelihara kesihatan mata kita. Makanlah 2 ke 3 hidangan seminggu.




2. Buah buahan jenis berri

Buah-buahan ini kaya dengan anti oksidan 'anthocyanins' di mana akan memberi perlindungan daripada kulit ke jantung kita. Buah jenis ini juga akan merendahkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Selain itu komponen polyphenolics membantu mengeluarkan toksik di dalam badan kita. Oleh itu tambahkan buah-buahan berry di dalam hidangan anda.



3. Alliums

Kumpulan alliums ini terdiri daripada bawang putih dan bawang merah. Kumpulan bawang ini kaya dengan anti oksidan bernama flavonoids. yang akan meningkatkan kesihatan jantung dan sistem peredaran darah kita seterusnya meningkatkan kualiti sistem imun badan. 


4. Teh Hijau

Teh hijau ini boleh merendahkan kolesterol badan, meningkatkan fungsi otak dan melindungi kita daripada kanser. 


5. Kekacang

Sumber protein , fiber, asid lemak perlu dan vitamin B ini juga merendahkan kadar kolesterol badan dan mengelakkan serangan jantung. 
6. Produk soya

Susu soya  dan tofu adala makanan yang penuh dengan estrogen dan isoflavones di mana akan menbantu mengekalkan kolagen dan kelembutan kulit. Yang pasti awet muda ok!

7. Tomato

Makanan yang kaya dengan vitamin C, tomata mengandungi lycopene yang membantu menghalang kulit kita rosak akibat pancaran cahaya matahari. Selain itu tomato melindungi daripada kanser prostat dan serangan jantung.
8. Mangga

Wow! Ini buah kegemaranku...hihihi... Makanan yang kaya dengan vitamin C ini juga mengandungi elemen magnesium, kalsium dan fosforus.

Jom cuba amalkan makan ini supaya kita kelihatan lebih muda dari usia sebenar.....SELAMAT MENCUBA!!!

No comments: