Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Breastfeeding is beautiful

Alhamdulillah Afiq Amsyar dah nak masuk 5 bulan.

Alhamdulillah masih lg fully breastfeed.

Mama cuba dan usaha smpi 2 tahun ye sayang.

Tak susah pun...senang je...walaupun kita ni ibu yg berkerja....

Alhamdulillah Allah mudahkan

Tuesday, April 29, 2014

mitos kurang susu

MITOS KURANG SUSU

“Kenapa tak bagi susu badan kat anak awak?”

“Oh sebab susu saya dah kurang. Baby tak puas dan asyik menangis je. Tu yang saya bagi susu botol,” jawab si ibu.

Itu jawapan paling senang dalam kalangan sesetengah wanita yang baru bergelar ibu. Kemungkinan dia langsung tidak mempunyai info tentang penyusuan susu ibu atau juga dia malas hendak bersusah payah menyusukan anaknya dengan susu ibu.

Sepatutnya sebaik disahkan mengandung, bakal ibu perlu mempersiapkan diri untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Ada segelintir ibu beranggapan hanya ibu bertuah sahaja mempunyai kuantiti susu yang cukup untuk menyusukan bayinya.

Dia beranggapan sedemikian kerana tiada susu yang mengalir keluar dari puting payu dara sedangkan bayi menangis tanpa henti kerana kelaparan. Lantaran tidak tahan mendengar tangisan bayi, ibu terus menyumbat susu formula ke dalam mulut bayi.

Ibu seharusnya tahu bahawa penyusuan susu ibu bukan proses semula jadi sebaliknya ia memerlukan ibu terus belajar dan mempraktikkan amalan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu bagi memenuhi keperluan bayi yang baharu dilahirkan.


Ketahuilah bahawa penyusuan pada satu jam pertama selepas kelahiran adalah sangat penting. Tidak perlu khuatir jika susu tidak keluar memancut-mancut kerana yang penting susu awal pekat dikenali sebagai kolostrum adalah susu penting yang berkhasiat untuk membina antibodi bayi.


Jangan risau bila orang lain cakap tiada susu kerana yang penting anda terus memberi bayi susu dengan kerap kerana ia membantu merangsang tubuh menghasilkan susu. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.

Semakin kerap mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan atau mengepam, anda telah membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lagi bagus, terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Ingatlah bahawa bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan. Bayi baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Tetapi ada juga bayi yang menyusu lebih daripada jumlah tersebut.

Tipnya mudah sahaja, semakin kerap bayi menyusu, semakin mudah payu dara kosong. Oleh itu semakin mudah payu dara kosong, maka semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan pengosongan payu dara dengan kerap.

tq pa&ma

Wednesday, February 19, 2014

Breastfeeding untuk babyku

Assalamualaikum semua.. Hanya tinggal beberapa minggu je lagi perut ni nak meletup. Sekarang ni saya sedang penuhkan ilmu di dada tentang breastfeeding.  

Rasa kesian sangat dgn Aqil. Wpun bf smpi 2 tahun...tapi dia xdpt ekslusif smpi 6 bulan. Sebabnya mama dia xcukup ilmu di dada. So kali ni..insyaallah ye baby mama cuba ekslusif smpi 2 tahun ye...semoga diberkati olehNya.

So kali ni perkara yang pertama saya akan bersedia ialah dengan supplemen SHAKLEE. Kalau ada pendapat mengatakan menyusu boleh tanpa mengambil tanpa apa2 supplemen..terserah ye...tapi pastikan ye kita mampu sediakan kesemua vitamin dan mineral yg diperlukan oleh badan.

Ilmu tentang power pumping. Insyaallah. .dulu ni xpernah buat. Selalu pam umpamanya selalu kosongkan payudara kita. Ini akan memberi arahan kepada otak supaya hormon prolaktin akan banyak dihasilkan dan merangsang mammary gland utk menghasilkan susu.

Mind set kene betullah kan. Selalu pikirkan kita ada banyak susu nak bg ke baby...

Semoga usaha ini akan diberkatiNya.