Monday, February 2, 2015

5 cara melatih anak yang rajin membaca

Assalamualaikum semua

Sebagai ibu bapa...seboleh-bolehnya kita mahukan anak yang sangat cantik, comel, bijak dan sempurna. Sesungguhnya kita hanya berusaha, selebihnya berserak kepada Allah.

Berikut terdapat 5 cara merangsang anak supaya mereka membesar dengan cara cintakan ilmu.

Tips ini saya dapat daripada http://cepatmembaca.blogspot.com/2015/01/reading-to-your-baby.html

1. Bacalah buku kepada bayi anda seawal umurnya 2 bulan ( Bulan pertama mungkin tak berkesempatan kerana sibuk mengurut dan bertungku. ) Kalau tak sempat minta tolong datuk nenek bacakan.

2. Pilih satu dua buku yang akan dijadikan buku favourite bayi anda. Pastikan ilustrasi berwarna terang untuk menarik perhatian bayi. 

3. Baca lantang ( read aloud ) selama dua tiga minit, pada setiap sesi bacaan, dua tiga kali sehari ( kerap ).

4. Tidak perlu habiskan membaca seluruh buku setiap sesi. Pilih muka surat yang anda dan bayi akan enjoy.

5. Cari masa khas untuk anda bacakan buku kepada baby anda. Jadikan membaca sebelum tidur malam atau selepas mandi pagi sebagai READING MOMENTS anda bersama baby. Pastikan lampin baby kering, baby kenyang dan tidak mengantuk.
 
JOM...APLIKASI TAU...

No comments: