Tuesday, October 8, 2013

yaahooooo....my HB perfect!!!!!!

Alhamdulillah h asil check up hari ni , bacaan hb ku stil menunjukkan bacaan yang sangat baik. tak pernah kurang daripada 13 ok. Sampai nurse2 di situ KAGUM YANG AMAT. ....hahahaha...saya yang terkejut kenapa lah nak kagum sangat ni...

Rupa-rupanya bagi ibu mengandung paras heamoglobin memang menjadi suatu masalah  bagi sesetengah orang kan?

Ye la paras hb ini akan mempengaruhi baby dlm perut kita tu kan.....so jaga2 la pemakanan....

Insyaallah saya mmg mengamalkan supplemen shaklee sejak sebelum pregnant lg....mmg membantu

Friday, October 4, 2013

Teknik memperbanyakkan susu badan

Alhamdulillah memdapat zuriat adalah idaman setiap pasangan kan. Kita cuba memberikan yang terbaik bagi bayi comel kita ni.

SUSU IBU....ramai yang berusaha tum memperbanyakkan susu mereka saya boleh ekslusif susukan bayinya selama 2tahun kan. Tapi ramai yang tak berjaya.

Jom kita berusaha......dan amalkan teknik-teknik ini.


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan suplemen
dibolehkan.. Antaranya...ESP (Energizing Protin Shaklee)

4 akibat tidal membersihkan makeup di waktu malam


MAKE UP!!

Semua suka make up kan? Tapi berapa ramai yang akan bersihkan make up Ni sebelum tidur?

Kadang-kadang Kita memang tau tapi kesibukan membataskannya kan....hehehehe....
Nak cantik memang kene berkorban kan?
Malas membersihkan wajah yang berlapis make up ni boleh menimbulkan kesan buruk terhadap kulit. Jom kita tgk kesannya

💍kulit akan jadi kering
💍kulit berkedut
💍kulit kemerahan
💍pori wajah membesar

ITU DIA!!!!! Kesannya macam ada di kulit saya juga......JOM KITA BERUBAH tuk dapatkan kulit yang lebih sihat.

Sunday, July 21, 2013

ya Allah izinkan aku nikmati nikmatMu ni lagi...

Kuasa Allah mengatasi segala2nya. ..

Syukur ya Allah atas nikmatMu ini

Friday, July 19, 2013

Monday, July 8, 2013

Set Penyusuaan Shaklee

Alhamdulillah, set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini. Terdapat 4 jenis set penyusuan, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, saya cuba perincikan untuk anda ya..

Set 1 - Mengandungi B Complex, vitamin C, vita lea dan alfalfa .
Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu. Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat .Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu .Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan /berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa

Set 2 - Mengandungi B complex, vitamin C, vita lea dan ostematrix. Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS). Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.

Set 3 - Mengandungi B complex, vitamin C, vita lea, ostematrix dan alfalfa
Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster

Set 4 - Mengandungi B Complex, vitamin C, vita lea ,alfalfa , ostematrix dan ESP Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali. Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan sok ini adalah pilihan yang tepat Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi /induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamakan set ini, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha / ibu yang mahu menyusukan anak angkatnya

Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.

Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?

Saya tinggalkan anda dengan ungkapan ini, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana.. " Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya".




Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan Fadilah Vitashop (sms/whatsapp 016-2067011

Boleh hubungi di laman fb saya Fadilah Hassan