Thursday, August 14, 2014

Apa!!! Tulangku repuuuttt!!

Assalamualaikum
 
Sementara usia masih muda...marilah kita menjaga tulang ....SEBELUM TERLAMBAT kan...
Kalau dah sakit memang lah payah sikit.....
 
Kalsium dan magnesium.....selain daripada tulang, banyak lagi penyakit yang ada kaitan dan memerlukan sumber kalsium dan magnesium ini.
 
Jom kita tambah ilmu hari ini tentang pentingnya kita mengambil kalsium dan magnesium


Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi
magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.

PENYAKIT DEGENERATIF AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM
.
Dianggarkan, 200 juta wanita di dunia mengalami kehamilan setiap tahun. Setiap minit, seorang dari wanita tersebut mengalami eclampsia atau meninggal dunia ketika melahirkan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh WHO, UNICEF, dan WORLD BANK, hampir dipastikan para ibu yang meninggal ketika melahirkan tersebut mengalami kekurangan magnesium dalam
tubuhnya.
Pada 1hb September 1999, kongres tahunan ke-21 persatuan ahli jantung se-Eropah juga menyimpulkan bahawa penyakit pre-eclampsia dan eclampsia yang menyebabkan kematian selama kehamilan di Britain, Amerika dan Eropa Utara disebabkan oleh makanan harian yang kaya kalsium namun kurang magnesium. Akibatnya, komposisi jumlahnya tidak memenuhi kalsium dan magnesium yang disarankan,
iaitu 2:1.
Selain gangguan pada ibu melahirkan, kekurangan magnesium juga dapat menyebabkan gangguan pada fungsi pusat saraf yang akan memunculkan beberapa penyakit. Pelbagai penyakit atau permasalahan kesihatan yang dapat dibantu dengan pemberian suplementasi magnesium adalah sebagai berikut.
 
PENYAKIT JANTUNG
.
Magnesium merupakan salah satu nutrien paling penting untuk kesihatan jantung. Tugas utama magnesium adalah membantu otot jantung untuk relaksasi. Fungsi ini berlawanan dengan fungsi mineral kalsium yang membuat jantung berkontraksi. Kerja duet dari magnesium dan kalsium inilah yang berguna untuk mempertahankan irama jantung tetap normal dengan relaksasi dan kontraksi otot jantung.
Selain itu, magnesium juga
memiliki fungsi sebagai penghalang kalsium yang berlebihan di dalam tubuh sehingga dapat mencegah kalsium yang tidak diserap tubuh agar tidak menggumpal dan menyumbat arteri sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Magnesium juga diperlukan untuk metabolisme kalsium yang sesuai. Kekurangan magnesium menyebabkan terjadinya perubahan metabolisme yang berperanan terhadap serangan jantung.
Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu dalam melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), mencegah penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan relaksasi otot jantung serta menstabilkan irama jantung.
 
TEKANAN DARAH TINGGI
.
Kelompok DASH (The Dietary Approaches to Stop Hypertension) telah melakukan pelbagai kajian yang menyimpulkan bahawa mengamalkan magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.
Penyakit darah tinggi ini berhubungan langsung dengan kandungan kalsium dan magnesium. Peningkatan kalsium dan penurunan magnesium berperanan dalam
menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi
 
DIABETES
.
Penderita diabetes harus mempertahankan batas magnesium yang cukup dalam darahnya kerana mineral magnesium berpengaruh terhadap kemampuan metabolisme karbohidrat. Mineral ini juga berpengaruh terhadap pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai pengawal kadar gula dalam
darah.
 
DENYUTAN JANTUNG TIDAK NORMAL
.
Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10% di atas 65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit (normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama dengan kalium akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan denyutan jantung tersebut.

ASMA
.
Serangan penyakit dapat dikenal pasti dengan serangan sesak napas berulang kali disertai dengan nafas yang berbunyi kerana kejang otot di bahagian tekak.
.
Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara asma dengan defisiensi magnesium. Banyak penelitian yang menunjukkan bahawa ubat yang digunakan untuk terapi asma telah menyebabkan kehilangan
magnesium. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.
 
EPILEPSI
 
Penyakit ini terjadi kerana adanya gangguan sistem saraf pusat yang terjadi kerana letusan pelepasan muatan letrik sel saraf secara berulang dengan gejala penurunan kesedaran, gangguan motor saraf dan mental disertai atau tanpa kejang-kejang. Sebuah kajian di Amerika
Syarikat menunjukkan bahawa pada kondisi ayan, ada defisiensi magnesium di dalam darah pasien. Pemberian suplementasi magnesium dos tinggi (450 mg) dapat mengatasi sawan dalam waktu singkat.
.
AUSTISME
.
Gangguan ini ditunjukkan dengan fikiran dan perilaku seseorang yang cenderung ke arah diri sendiri dan tidak dapat diperbaiki melalui bantuan orang lain. Ujian klinikal yang dilakukan di
Amerika Syarikat dan Kanada menunjukkan bahawa penyakit autisme dapat diperbaiki dengan terapi pemberian vitamin B6 dengan dos tinggi (300—500 mg setiap hari). Tetapi terapi ini menimbulkan defisensi nutrien lain yang mengakibatkan pesakit mengalami lemah deria rasa dan gatal-gatal. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat menghilangkan kesan samping tersebut.
 
HIPERAKTIF
.
Dalam istilah kedoktoran, ianya disebut Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang banyak terjadi pada kanak-kanak. Dalam satu kajian, didapati bahawa kanak-kanak yang menderita ADHD mengalami kekurangan banyak mineral, paling dan magnesium. Khasiat magnesium secara signifikan dapat menurunkan gejala-gejala hiperaktivi kepada kanak-kanak.
 
BATU KARANG
.
Salah satu penyebab utama penyakit ini adalah tingginya kandungan kalsium dan acid. Dengan mengamalkan magnesium, ia membolehkan asid dan kalsium yang berlebihan dapat dinyahkan.
 
SENGGUGUT
.
Sindrom ini disebabkan kerana adanya kekurangan magnesium yang ditunjukkan dengan gejala-gejala seperti pening, lenguh sendi, sembelit, jerawat, insomnia dan stress. Dengan
mengamalkan magnesium, ia dapat membantu melegakan kontraksi otot sehingga dapat meringankan atau menghilangkan gejala-gejala senggugut.
 
KETAGIHAN ALKOHOL
.
Ketagihan alkohol ini disebabkan kerana kekurangan magnesium di dalam tubuh. Perkara ini sudah dibuat kajian semenjak tahun 1960-an. Ketagihan alkohol umumnya mengalami kekurangan nutrisi kerana
mereka mendapatkan tenaga yang mereka perlukan terutama dari minuman yang rendah nutrisi kecuali alkohol, air dan karbohidrat. Meminum alkohol yang berlebihan juga menyebabkan berlebihan pembuangan magnesium melalui urin. Perkara ini menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit atau memparahkan lagi penyakit yang telah ada.
 
OSTEOPOROSIS
.
Penyakit ini ditunjukkan dengan
kereputan tulang kerana kehilangan mineral. Biasanya osteoporosis sering terjadi kepada wanita yang usia lanjut. Kekurangan magnesium pula akan menyebabkan osteoporosis. Mengamalkan magnesium telah terbukti dapat mencegah dan mengubati penyakit osteoporosis. Dalam hal ini, fungsi magnesium adalah membantu tubuh dalam metabolisme kalsium. Kajian klinikal yang dilakukan terhadap sebahagian wanita menopause selama 2 tahun menunjukkan bahawa pemberian magnesium
dapat mencegah terjadinya retak tulang dan secara signifikan dapat menguatkan struktur tulang.
 
INSOMNIA
.
Insomnia atau sukar tidur disebabkan ketegangan sistem saraf dan terganggunya sistem transmisi saraf yang membantu untuk mengawal tidur. Magnesium dan kalsium adalah mineral yang digunakan dalam pergerakan setiap otot, sehingga pengamalnya dapat
mengendurkan otot saraf dan menstabilkan kimia otak yang berkaitan dengan tidur sehingga dapat membantu penderita insomnia untuk mudah tidur.
 
SAKIT SENDI
.
Sakit sendi ini disebabkan kekurangan magnesium. Tidak seimbangnya fungsi kalsium dan magnesium dalam kontraksi dan relaksasi otot sehingga mengakibatkan timbulnya sakit sendi. Mengamalkan magnesium dapat mengimbangi
ketidakseimbangan otot sekaligus dapat menghilangkan sakit sendi.
 
STRESS
.
Stress merupakan emosi perasaan yang tidak keruan sehingga menyebabkan putus asa yang berpanjangan. Punca stress banyak, antaranya misalnya kekejangan otot, ketidakseimbangan hormon dan kelainan biokimia. Stress umumnya mengalami kekurangan magnesium
sehingga mengamalkan magnesium dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan stress.

Raya...raya....

alhamdulillah tahun ni kami beraya berempat. Ada budak dobot no...AFIQ AMSYAR..
 
mama dan abah kesayanganku.....
Abaikanlah baju aqil atas meja tu....kesian aqil baju raya pakai hanya tuk bergambar, lapas tu dah nak buka...GATAL
inilah gambar kami sekeluarga.....ambil gambar sebelum raya...sebab raya tak cukup korum

Wednesday, July 16, 2014

kuliyah ramadhan

Salam.
Sedikit tazkirah dari kuliyah Ramadhan al-Mubarak:

Seorang sahabat yang bernama Zaid bin Suhan telah bertanya kepada Imam Ali ( as) beberapa soalan.
lalu di jawab oleh Imam Ali ( as)

1. Apakah kekuatan yang paling kuat?

Hawa nafsu yang menguasai hati yang paling kuat.

2.Apakah yang menjadikan manusia menjadi terhina.?🐖

Sikap Tamak menjadi terhina

3. Apakah perkara yang menjadikan manusia terhina.

Manusia yang kufur, setelah menerima kebenaran dan berbalik menjadi kufur.

4. Apakah doa yang tiada nilai di sisi Allah?

Doa yang sia- sia yang mustahil akan berlaku.

5. Apakah amalan yang paling tinggi?

Orang yang bertakwa.
Takwa adalah orang yang sentiasa merasakan Allah memerhati kan mereka serta takut kepada Allah.

6. Apakah amalan yang membawa kpd kesempurnaan ?

Doa mencari redha Allah, kemuliaan dari Allah bukannya berdoa minta kaya 

7. Siapa orang yang paling buruk untuk di jauhi?

Manusia yang menjauhkan kamu dengan Allah swt serta menampakkan cantik nya dosa.

8. Siapakah manusia yang paling hina di sisi Allah?

Orang yang sanggup menjual agamanya.

9. Siapakah manusia yang paling kuat sekali.?

Manusia yang sabar.

10. Siapakah Manusia yang paling bakhil sekali?

Orang yang mendapat pendapatan haram gunakan di jalan haram.

11.Siapakah manusia yang paling cerdik sekali.?

Manusia yang boleh menilai yang mana kebenaran dan kesesatan.

12.Siapakah manusia yang paling pintar.?

Manusia yang tidak mudah tertipu dgn dunia, pujian dunia.

13.Siapakah manusia yang paling bodoh / Jahil

Manusia yang cintakan dunia. 

14.Siapakah manusia yang paling menyesal?

Manusia yang tidak memilkki dunia dan tidak memilikki akhirat.

15.Siapakah yang paling buta sekali?

Manusia yang bekerja kerana manusia. Manusia yg beramal kerana ingin tunjukkan pada manusia tapi di akhirat nanti meminta balasan ganjaran yg baik dari Allah

16.Siapakah manusia yg merasa cukup (Qanaah.)?

Orang yang sentiasa besyukur dengan apa yang ada.

17.Apakah musibah yg paling besar pada manusia?

Tidak memberi perhatian pada agama.
Tidak menjaga agama. 

18.Apakah amalan yg di cintai di sisi Allah?

Menunggu2 kedatangan Imam Mahdi. Zahirkan kita sedang menunggu imam Mahdi.

"Barangsiapa yg mati tanpa mengenal Imam zamannya maka matinya dalam kejahilan."

19. Siapakah manusia yang paling mulia?

Manusia yang menjaga diri drpd melakukan dosa 

20. Apakah ucapan yang baik di sisi Allah?

Zikir2 , Solawat, doa2 yg baik. 

21. Apakah ucapan yang paling benar?

Lailahaillallah

22. Apakah amalan yang paling besar?

Penyerahan diri kpd Allah swt.
Redha dgn Allah , 
"Aku redha dengan ketentuanmu"
Serah diri pada Allah swt.

23. Wahai Imam, Siapakah manusia yg paling jujur dan benar.?

Berkata benar dan jujur walau semua keadaan, 
Dalam semua keadaan.

Monday, June 23, 2014

WASIAT RASULULLAH KEPADA ALI BIN ABI THALIB


Ya Ali!
Segala sesuatu itu ada penyakitnya .
★ Penyakit bicara adalah bohong.
★penyakit ilmu lupa.
★penyakit ibadah adalah riya.
★penyakit budi pekerti adalah memuji.
★penyakit berani adalah agresif.
★penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut
pemberian.
★ penyakit cantik adalah sombong.
★penyakit bangsawan adalah bangga.
★penyakit malu adalah lemah.
★penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
★ penyakit kaya adalah bakhil.
★penyakit royal (mewah) adalah berlebih-lebihan.
★ dan penyakit agama adalah hawa nafsu.
Ya Ali!
Apabila engkau disanjung orang, bacalah kalimat ini :
Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang
mereka katakan. Ampunilah dosaku apa yang mereka
tidak ketahui, dan janganlah aku disiksa tentang apa-
apa yang mereka katakan .
ﺍﻟﻠَّﻬُﻤَّﮯ ﺻَﻠِّﮯ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭﺁﻟِﮯ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
ﺍﻟﻠَّﻬُﻤَّﮯ ﺻَﻠِّﮯ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭﺁﻟِﮯ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
ﺍﻟﻠَّﻬُﻤَّﮯ ﺻَﻠِّﮯ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭﺁﻟِﮯ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
ﻭﻋَﺠِّﻠْﮯ ﻓَﺮَﺟَﻬُﻤْﮯ

Friday, June 20, 2014

Jom kenali pengasas shaklee

PENGASAS SHAKLEE

Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang tersendiri.

Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun,
beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.

Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta
Kehidupan yang Lebih Baik.
Semua produk shaklee di malaysia pada masa ini  telah mendapat pensijilan halal, sila rujuk halaman berikut untuk mendapatkan salinan sijil tersebut.

http://www.shaklee.com.my/eng/news.asp

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, boleh ajukan kepada mereka melalui laman web yang tertera di atas.
Sekian, terima kasih,

Fadilah hassan
0162067011
Agen shaklee yg bersemangat waja ^___^

Mau jadi ahli SHAKLEE

Assalamualaikum semua

Jom jadi ahli SHAKLEE

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee kami, kami mengalu-alukan kedatangan anda ke group kami.

Pendaftaran keahlian : RM 65 + RM 10(WM)/RM 20(EM) Postage Memberkit

Atau, pembelian bernilai RM 680 (=200 UV) akan mendapat keahlian PERCUMA.

^^ Nikmati potongan harga 15-20% bagi setiap product Shaklee yang ditawarkan.
^^ Tidak perlu bekejar atau keluar mencari pelanggan. Tidak perlu "head-hunting" untuk mencari downline.
^^ Tidak perlu menyimpan stok di rumah.
^^ Kelas bimbingan diberikan secara online/offline, kami sediakan group tertutup di FB untuk berkongsi tips/sharing on marketing, bisnes, consultation, produt knowledge, motivation dan lain-lain.
^^ SISTEM yang kami gunakan telah terbukti membawa kejayaan kepada ramai ahli-ahli Shaklee.Menjana INCOME 3-4-5 ANGKA, menikmati BONUS KERETA, PERCUTIAN bertaraf 6 STARS, Umrah & Ziarah, semuanya tidak mustahil bila anda bersama Shaklee!

Sertai kami sekarang!

Hubungi saya:

fadilah hassan
Agen shaklee yg bersemangat waja
|Shaklee ID - 885918|
SMS/Whatsapp: 012-2067011
Email: fadilahmohdhassan@gmail.com

Sunday, June 8, 2014

Set kesihatan lelaki

Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti , strok dan banyak lagi.

Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti:

  • Mati pucuk
  • Pembesaran prostat
  • Kelesuan
  • Kurang tenaga dan stamina
Set Men's Vital Health Shaklee membekalkan nutrisi terbaik untuk kesihatan lelaki.

Kebaikan:
  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecergasab dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung yang sihat
  • Membantu mengekalkanntekanan darah normal
  • Mengawal tahap kolesterol yang sihat

  1. OMEGAGUARD
  2. VITA-E COMPLEX
  3. ZINC COMPLEX
  4. CoQHEALTH PLUS

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit,

Hubungi saya:

FB Fadilah Hassan
 0162067011 sms/whatsapp

FB Sihat dan cantik