Saturday, February 14, 2015

Testimoni omega guard shaklee

Assalamualaikum...
Hari ni yana nk story 1 Kisah Omega Guard..

Ada sorg cust yana ni mengidap sakit jntung.baru setahun lepas operate sbb saluran tersumbat..yakni lemak.Then..nk dijadikan cerita dia ni tnya yana..dia nk try omega...1st day mkn mmg la..healing crisis..dia rasa lenguh2 n letih2 bdn..Xsampai 2 minggu lg dia consume omega ni..Semlm opis ada buat mkn2 n menu utama ialah Kambing.Dia nk cuba mkn..Pesakit jantung anti kambing ye kawan2..utk pengetahuan ;) seronok rasanya dengar.dia xda masalah langsung mkn kambing! xpening xsakit.. juz selalu dia mkn 2 biji..yana up sebiji lg. bukan ape..takut jugak efek kambing ni..alhamdulillah...xde lg mendegar berita buruk.start skt jntung dia xpernah lg try kambing sebab takut efek menda tu sendiri.

sekian..wassalam

#shakleeeffect

Didie  0162067011 

Friday, February 13, 2015

Vitamin C kegemaranku

Assalamualaikum  semua

Alhamdulillah  hari ini saya nak share beberapa testimoni SR vitamin C..

Secara peribadi memang inilh kegemran saya. Jerawat saya sudah berkurangan . Resdung makin berkurangan. Alhamdulillah .  Jom kita tengok beberapa testimoni sr vit c

U oll boleh pm/watsapp/telegram/sms saya tuk tahu lebih lanjut
0162067011  didie

Monday, February 2, 2015

10 Khasiat Daun Ketumbar

Assalamualaikum semua..

Minggu lepas saya dapat 2 cekak daun ketumbar pemberian apek kebun belakang rumah ni.
Biasanya daun ketumbar ini  kita boleh  masukkan ke dalam sup, tom yam salad, roti bakar dan juga makanan yang dipanggang.

TETAPI  oleh kerana banyak sangat yang apek kebun ni bagi ( dan terlupa nak bawa balik kampung...hihihi..) kita kisar dan buat JUS DAUN KETUMBAR.....ditambah dengan GULA STEVIA. Menambah perisa...memang sedap. Cuba lah kawan-kawan.

ini ada 10 KHASIAT DAUN KETUMBAR yang pakcik gugel bagi tadi

  • Pencuci darah (blood cleanser) – membersihkan darah dari racun-racun yang mengandung metal seperti merkuri.
  • Membantu pencernaan dan perut kembung
  • Mengurangi gejala arthritis
  • Infeksi saluran kencing
  • Mencegah atau menghilangkan muntah-muntah
  • Menurunkan kadar gula
  • Menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL
  • Mengandung serat (fiber)
  • Mengandung zat besi
  • Mengandung zat magnesium

Wah...banyak khasiatnya!

Selamat mencuba

Tengok licin ni....memang sedap.

CRAMP....KEJANG...OHHH NO!!!!

Assalamualaikum semua...

Apa itu KEJANG KAKI??

Ini berlaku apabila berlakunya pengecutan otot secara tiba-tiba di waktu malam tetutamanya ketika tidur. Ini digelar noctunal leg cramp.

kalau bagi ibu yang mengandung, biasanya kita kene kejang kaki ini pada dan selepas trimester kedua.

puncanya juga sebab kekurangan SUMBER MINERAL.....MAGNESIUM...KALSIUM...POTASSIUM dan SODIUM dan juga DEHIDRASI.

CARA ATASI

1. Jangan berdiri terlalu lama.
2. Jangan duduk bersilang kaki terlalu lama.
3. Selalu buat regangan otot waktu rehat, ( cth: masa borak2, minum petang dan masa tengok tv)
4. Kalau nak baring, baring posisi kanan.
5. ManDI air panas sebelum tidur atau letak tuala panas pada kaki.


APA YANG SHAKLEE TAWARKAN

OSTEMATRIX dan PERFORMANCE DRINK

 
Ostematrix membantu
 
1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.
 
Performance Drink membantu
 
  • Performance Drink Shaklee ialah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna, berkhasiat dan tidak bergas.
  • Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal menghidratkan anda lebih cepat berbanding air.

  • Performance Drink Shaklee memberikan tenaga segera kepada tubuh dan menyokong penghidratan pada tahap optimum. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga berterusan tanpa menggangu tahap gula di dalam darah.

  • Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan tahap hidrat tubuh, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina – berdasarkan ujian yang dilakukan kepada atlit berpencapaian cemerlang di Amerika Syarikat.

  • Performance Drink Shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

  •  
    Bulan Februari 2015...ialah bulan promo BELI 6 ostematrix PERCUMA 1
     
    Harga pasaran ostematrix RM 61.00
    Harga pasaran performance drink Rm 82.50

    Harga lebih jimat jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee. Hanya RM 65 sahaja untuk menikmati potongan harga produk Shaklee sehingga 30% dan boleh mengumpul bonus $$$ setiap bulan!
     
    Jom join team kami.
     
    sms/watsapp/telegram
    didie
    0162067011

    

    Angpow angpow raya

    Jom anak anakku...kejar angpow ini

    sUPERVISOR

    Alhamdulillah.... JANUARI 2015

    Akhirnya.....dah naik rank SUPERVISOR....

    SYUKRANLILLAH......
    SYUKRANLILLAH......
    SYUKRANLILLAH.....

    2 hari je....sakit pinggang hilang

    alhamdulillah....siapa yang pernah rasai....tak terkata...best!!!!

    5 cara melatih anak yang rajin membaca

    Assalamualaikum semua

    Sebagai ibu bapa...seboleh-bolehnya kita mahukan anak yang sangat cantik, comel, bijak dan sempurna. Sesungguhnya kita hanya berusaha, selebihnya berserak kepada Allah.

    Berikut terdapat 5 cara merangsang anak supaya mereka membesar dengan cara cintakan ilmu.

    Tips ini saya dapat daripada http://cepatmembaca.blogspot.com/2015/01/reading-to-your-baby.html

    1. Bacalah buku kepada bayi anda seawal umurnya 2 bulan ( Bulan pertama mungkin tak berkesempatan kerana sibuk mengurut dan bertungku. ) Kalau tak sempat minta tolong datuk nenek bacakan.

    2. Pilih satu dua buku yang akan dijadikan buku favourite bayi anda. Pastikan ilustrasi berwarna terang untuk menarik perhatian bayi. 

    3. Baca lantang ( read aloud ) selama dua tiga minit, pada setiap sesi bacaan, dua tiga kali sehari ( kerap ).

    4. Tidak perlu habiskan membaca seluruh buku setiap sesi. Pilih muka surat yang anda dan bayi akan enjoy.

    5. Cari masa khas untuk anda bacakan buku kepada baby anda. Jadikan membaca sebelum tidur malam atau selepas mandi pagi sebagai READING MOMENTS anda bersama baby. Pastikan lampin baby kering, baby kenyang dan tidak mengantuk.
     
    JOM...APLIKASI TAU...

    Sunday, February 1, 2015

    Tolonglah....ibu2 hamil....ambillah KALSIUM!!

    saya suka info di bawah ini tentang keperluan kalsium dan kaitannya dgn wanita.. Jom baca.. sumber asal : here
    __________________________

    APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

    “Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
    Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
    Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
    “Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
    “Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
    Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi
    Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
    Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
    Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
    IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
    “Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
    ________________
    Pilihan saya?.. Ini dia suplemen calcium/magnesium favorite saya.
    Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..

     

    Adakah minum susu sahaja mencukupi????

    sebelum masuk tidur ni.. jom baca tentang ni.. tentang salah satu kesukaan saya ni.. Ostematric (Cal Mag)
    ________________
    Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
    • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
    • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
    • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*
    OsteMatrix Membekalkan:
    • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
    • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
    • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
    Kaplet bersalut yang mudah ditelan
    • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

    Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

    Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

    Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

    ***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.
    ____________________________
    Ostematrx ni glemer ..mmg faveret customer2 saya.. bukan utkdiri mereka je..tapi utk ibu bapa mereka... suami tercinta.. . Anda bagaimana?

    Okeyla selamat malam semua.... jom mkn ostematrx sebelum tidur.. nnt sy akan share lagi tentang kalsium dan osteoporosis.

    Khasiat OSTEMATRIX shaklee

    nak tahu tak ape hot stuff bulan  ni.... dalam seminggu je.. rasa2nya hampir 10 botol laris....
    bukan sebarang botol ya... Ini diaaaa


    siapa yang cari botol Ostematrix ni...
    - ibu hamil...detail disini
    -ibu menyusu yg nak BOOST susu.... detail disini
    -ibu2 menyusu tadi yg belikan utk mak mereka
    -para suami yg belikan utk isterinya
    -kwn2 sy yg belikan utk parents...
    ....kesimpulannya mmg best...sebotol Ostematrix (CalMag) hanya rm49 (120bj)... best kan.. murah tapi kesannya.. amat mengujakan..

    ___fakta ringkas: OsteMatrix Membekalkan:
    • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
    • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
    • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
    Kaplet bersalut yang mudah ditelan
    • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.



    ni pula SMS yg sy dapat pagi tadi dari Pn Fai dari JB.. yang belikan ostematrix dan B complex utk ibunya...
    ~“…Kak.. fai msg dgn ibu tadi..Fai bagi ibu mkn bcomplex and ostematrix.. Ibu ckp selalu lepas bangun masa mesti tido jap sementara tunggu subuh… Tapi skrg tak tido pun..x terasa ngantuk..hehe..adik pun sama.. fai bagi lecithin dgn bcomplex,dia ckp dah tak ngantuk time kat kelas.. …”

    lain2 yg menarik..

    Thursday, December 11, 2014

    Testimoni sustained released vita c SHAKLEE

    Alhamdulillah  mereka sangat berpuas  hati!!!

    Jom kawan2....

    belum cuba belum tahu....
    sudah cuba pasti tahu!!!

    Didie 0162067011 
    #shakleeeffect 
    Agen shaklee anda

    Wednesday, December 3, 2014

    Jom kita belajar tentang penyakit PSORIASIS

    Psoriasis - Definasi

    Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

    Tanda-tanda Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah : • Keguguran sisik pada kulit • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan. • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

    Jenis-jenis psoriasis
    • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
    • Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
    • Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis • Lampin psoriasis
    • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

    Komplikasi Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah: • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

    Cadangan supplement untuk psoriasis adalah seperti berikut

    1. Omega
    Menurut Evelyn Tribole, pengarang buku "Ultimate Omega-3 Diet." Omega-3 asid lemak boleh :- mengurangkan keradangan kulit memperbaiki sel kulit mencegah dari bersisik menghapuskan kemerahan kulit melegakan kulit gatal mengurangkan tindak balas imun badan anda kepada T-sel,iaitu sel - sel darah yang bertanggungjawab bagi pengeluaran kulit yang berlebihan dan yg berkaitan dengan psoriasis jenis kulit bersisik. Dos harian yang disyorkan untuk omega-3 asid lemak adalah 400 mg untuk orang dewasa. Makanan yang kaya dengan Omega-3 asid lemak termasuk salmon, tenggiri, halibut, sardin, tuna, flaxseeds, flaxseed minyak, minyak canola, kacang soya, minyak kacang soya, biji labu, labu benih minyak dan walnut.

    2. Ostematrix
    Disebabkan ostematrix adalah kombinasi kalsium, magnesium dan vitamin D, maka ianya juga sesuai untuk pesakit psoriasis. Menurut laporan Michael Zimmermann, pengarang yang buku "itu Burgerstein Buku Panduan Pemakanan: Mikronutrien dalam Pencegahan dan Terapi Penyakit ".Vitamin D adalah satu antioksidan larut lemak yang boleh meringankan kulit gatal menyembuhkan luka mengurangkan parut mengurangkan keradangan membaiki tisu-tisu yang rosak menggalakkan kulit yang sihat mengawal kulit pengeluaran sel Vitamin D adalah satu antioksidan larut lemak yang boleh mengurangkan lesi kulit, meringankan kulit gatal, menyembuhkan luka, mengurangkan parut, mengurangkan keradangan, membaiki tisu-tisu yang rosak, menggalakkan kulit yang sihat dan mengawal kulit pengeluaran sel, Dos harian yang disyorkan untuk vitamin D adalah 15 mcg untuk orang dewasa. Makanan yang kaya dengan vitamin D termasuk salmon, tuna, susu, telur, keju Switzerland, yogurt dan sedia untuk makan bijirin. Dos harian yang disyorkan untuk vitamin D adalah 15 mcg untuk orang dewasa. Makanan yang kaya dengan vitamin D termasuk salmon, tuna, susu, telur, keju, yogurt dan sedia untuk makan bijirin.

    3. Carotomax
    Vitamin A adalah vitamin larut lemak yang boleh meningkatkan fungsi sistem imun dan melindungi kulit anda dari kerosakan radikal bebas, menurut Steve Blake, pengarang buku "Vitamin dan Mineral Demystified." Blake menjelaskan bahawa vitamin A juga boleh membantu dalam pengeluaran kolagen membaiki kulit yang rosak menyembuhkan luka meningkatkan gejala artritis psoriasis yang berkaitan. Dos harian yang disyorkan untuk vitamin A adalah 900 mcg untuk lelaki dan 700 mcg bagi wanita. Makanan yang kaya dengan vitamin A termasuk lobak merah, kentang manis, susu, keju cheddar, pengganti telur, labu, bayam, sayur-sayuran Collard, lobak hijau, kale, brokoli, dan tembikai, aprikot dan tomato.

    4. Bcomplex
    Menurut Jorge Kastner, pengarang buku "Terapi Pemakanan Cina: Dietetik dalam Perubatan Tradisional Cina";Vitamin B-9, juga dikenali sebagai asid folik, adalah vitamin larut air yang boleh membantu dalam proses penyembuhan sel.

    Alhamdulillah  Selamat  membaca ye

    Luv
    Didie  0162067011 
    Agen  shaklee  anda  😉  #shakleeeffect 

    Sijil halal 2014

    Assalamualaikum  semua

    Ini saya lampirkan sijil halal yang pihak shaklee dapat.....Alhamdulillah 

    Tuesday, December 2, 2014

    Khasiat vitamin e shaklee

    KHASIAT VITAMIN E

    -Menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran UV, kedutan dan jeragat  dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar.
    -Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
    -Meningkatkan imuniti tubuh badan dengan menguatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
    -Meningkatkan libido ( menghangatkan semula hubungan suami isteri)
    -Anti oksidan.
    -Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
    -Melegakan kesakitan arthritis dan inflamasi sendi.
    -Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.
    -Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
    -Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
    -Menyelesaikan masalah kelesuan.
    -Mengurangkan risiko parut yang besar.
    -Merendahkan kadar kolesterol.
    -Membantu mencegah kanser.
    -Merendahkan risiko katarak.
    -Sesuai utk semua golongan usia : remaja, ibu menyusu,semasa berpantang,suami isteri, warga emas

    Untuk Para Suami yang mempunyai Masalah "Low Count Sperm"
    ~ Tambahan Selenium yang terdapat dalam vitamin E Complex Shaklee boleh meningkatkan kualiti air mani & mmpunyai kesan bermanfaat dan perlindungan,terutamanya pada motilitas sperma.

    Vitamin C chewable

    Vitamin C Chewable Shaklee (sesuai untuk kanak-kanak & dewasa)
    Saya seorang peminat Vitamin C kerana saya percaya Vitamin C membantu pencerahan secara sekata pada tubuh badan, meningkatkan imunisasi badan (tidak mudah demam, tiada selesema) dan yang paling best ianya memudarkan parut jerawat. Vitamin C adalah supplement pertama Shaklee yang saya ambil (jenis telan) dan bersifat Sustained Released.

    Secara asasnya Vitamin C Chewable ini sama manfaatnya dengan Vitamin C Sustained Release cuma ianya boleh dihisap. Oleh kerana setiap tablet mengandungi 100mg Vitamin C maka boleh diambil sebanyak 5x sehari = 500mg (dewasa) sehari.

    Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.

    Menariknya Chewable Vita C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas tetapi turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.



    Manfaat Vitamin C Chewable Shaklee:
    Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
    Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
    Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
    Meningkatkan sistem imun tubuh
    Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
    Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
    Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
    Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
    1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
    Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda

    Keistimewaan Chewable Vita C
    Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
    Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
    Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan malam)
    Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga

    Mengapa Vitamin C diperlukan setiap hari? Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C sendiri! Maka diperlukan didalam diet seharian.

    Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
    Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
    Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan

    Vita C Chewable sesuai untuk kanak-kanak hingga dewasa. Ini kerana setiap tablet adalah 100mg Vitamin C. Dewasa boleh ambil sehingga 1000mg-2000mg sahaja sehari

    Keperluan Vitamin C dalam badan kita:

    Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
    Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
    Menguatkan struktur gigi dan gusi
    Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
    Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
    Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
    Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
    Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
    Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
    Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
    Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
    Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
    Membantu dalam proses pemulihan kudis
    Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
    Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

    Monday, December 1, 2014

    Siapa yang boleh ambil darahku??

    Assalamualaikum 
    Sebagai pengetahuan sahaja....
    Kene tahu ye...kita ni darah apa supaya kita tahu siapa yg boleh derma dan terima darah kita
    Peace yo!!✌

    Cara saya 'wean off' my baby

    Assalamualaikum  semua ibu2...

    Saya ada pengalaman nak ceraikan susu utk anak teruna sulungku...

    Anak pertama ...saya berjaya jugak susukan dia 2 tahun lebih walaupun bukan ekslusif....hanya ekslusif 3 bulan je....huhuhu....masa tu ibu tak cukup ilmu..

    Ada la juga ikut  pengalaman kawan2 letak nescafe...tapi bila dah hilang pahit tu...dia nak balik...

    So hanya ini yg saya buat ..

    HANYA BERSERAH PADA ALLAH...

    Saya niat, saya nak ceraikan susu.. (niat yg baik2  tau). Selawat dan mohon pada Allah.. (seikhlasnya).....

    Dan yg buat saya terkejut esok dia terus lupa langsung....Alhamdulillah . ..

    Masa tu pun dah 2 tahun 5 bulan...kene selalu jugak cakap kat dia...
    "Aqil dah besar tau...tak yah la nenen2 lagi".

    Jom rancang cuti kita tahun depan

    Assalamualaikum   semua

    dapat calender awal....mari rancang Cuti  tahun depan...

    Vitamin c shaklee

    Assalamualaikum

    Sustained release vitamin c 500mg kini kembali..oleh kerana ada double promotion bulan ini....jom kita  explore antara kebaikan vitamin c:

    ☺Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
    ☺Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
    ☺Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
    ☺Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
    ☺Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
    ☺Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
    ☺Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
    ☺Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
    ☺Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
    ☺Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
    ☺Merawat jangkitan saluran kencing.
    ☺Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

    💗Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

    Kita boleh memperolehi 500mg vitamin C dalam diet pemakanan seharian kita, sebagai contoh:

    💛Tembikai wangi, 1 cup (8 ounces): 59mg
    💛Jus oren, 1 cup: 97mg
    💛Broccoli, dimasak, 1 cup: 74mg
    💛Cili Hijair, 1/2 cup, 60mg
    💛Cili Merah , 1/2 cup, 95mg
    💛Kiwi, 1 medium: 70mg
    💛Juice tomato, 1 cup: 45mg.    
    💛Atau kita boleh menikmati 7 1/2 biji oren untuk mendapatkan 500mg vitamin C setiap hari.

    Jadi anda ada pilihan lain iaitu supplement sebagai makanan tambahan anda agar anda dan keluarga beroleh tahap kesihatan yang optimum.