Monday, March 31, 2014

Kepentingan kalsium dan magnesium (OSTEMATRIX SHAKLEE)

Kalsium dan magnesium akan saling membantu dalam penyerapannya bila terdapat dalam jumlah yang cukup dan seimbang. Ditinjau dari lingkungan fungsi dan prosesnya, kedua mineral tersebut bekerja secara berlawanan (antagonistik). Magnesium terdapat di dalam sel (intraselular), sedangkan kalsium banyak terdapat di luar sel (ekstraselular). Fungsi
magnesium dalam metabolisme sel ialah meningkatkan tenaga dalam tubuh.
Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari. Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.
PENYAKIT DEGENERATIF AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM
.
Dianggarkan, 200 juta wanita di dunia mengalami kehamilan setiap tahun. Setiap minit, seorang dari wanita tersebut mengalami eclampsia atau meninggal dunia ketika melahirkan.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh WHO, UNICEF, dan WORLD BANK, hampir dipastikan para ibu yang meninggal ketika melahirkan tersebut mengalami kekurangan magnesium dalam
tubuhnya.
Pada 1hb September 1999, kongres tahunan ke-21 persatuan ahli jantung se-Eropah juga menyimpulkan bahawa penyakit pre-eclampsia dan eclampsia yang menyebabkan kematian selama kehamilan di Britain, Amerika dan Eropa Utara disebabkan oleh makanan harian yang kaya kalsium namun kurang magnesium. Akibatnya, komposisi jumlahnya tidak memenuhi kalsium dan magnesium yang disarankan,
iaitu 2:1.
Selain gangguan pada ibu melahirkan, kekurangan magnesium juga dapat menyebabkan gangguan pada fungsi pusat saraf yang akan memunculkan beberapa penyakit. Pelbagai penyakit atau permasalahan kesihatan yang dapat dibantu dengan pemberian suplementasi magnesium adalah sebagai berikut.
 
PENYAKIT JANTUNG
.
Magnesium merupakan salah satu nutrien paling penting untuk kesihatan jantung. Tugas utama magnesium adalah membantu otot jantung untuk relaksasi. Fungsi ini berlawanan dengan fungsi mineral kalsium yang membuat jantung berkontraksi. Kerja duet dari magnesium dan kalsium inilah yang berguna untuk mempertahankan irama jantung tetap normal dengan relaksasi dan kontraksi otot jantung.
Selain itu, magnesium juga
memiliki fungsi sebagai penghalang kalsium yang berlebihan di dalam tubuh sehingga dapat mencegah kalsium yang tidak diserap tubuh agar tidak menggumpal dan menyumbat arteri sehingga meningkatkan risiko serangan jantung. Magnesium juga diperlukan untuk metabolisme kalsium yang sesuai. Kekurangan magnesium menyebabkan terjadinya perubahan metabolisme yang berperanan terhadap serangan jantung.
Magnesium dapat digunakan sebagai suplemen untuk membantu mengubati penyakit jantung koronari kerana memiliki kesan membantu dalam melebarkan arteri koronari, memperbaiki aliran darah ke jantung, meningkatkan kolesterol baik (HDL), mencegah penggumpalan trombosit, mengatur kontraksi dan relaksasi otot jantung serta menstabilkan irama jantung.
 
TEKANAN DARAH TINGGI
.
Kelompok DASH (The Dietary Approaches to Stop Hypertension) telah melakukan pelbagai kajian yang menyimpulkan bahawa mengamalkan magnesium dalam jumlah tinggi dapat menurunkan tekanan darah.
Penyakit darah tinggi ini berhubungan langsung dengan kandungan kalsium dan magnesium. Peningkatan kalsium dan penurunan magnesium berperanan dalam
menyebabkan penyakit hipertensi (darah tinggi
 
DIABETES
.
Penderita diabetes harus mempertahankan batas magnesium yang cukup dalam darahnya kerana mineral magnesium berpengaruh terhadap kemampuan metabolisme karbohidrat. Mineral ini juga berpengaruh terhadap pelepasan dan aktiviti insulin yang berfungsi sebagai pengawal kadar gula dalam
darah.
 
DENYUTAN JANTUNG TIDAK NORMAL
.
Kira-kira 1 % manusia di bawah usia 60 tahun dan 5— 10% di atas 65 tahun memiliki denyutan jantung lebih dari 100 kali perminit (normalnya 60—100 kali perminit). Magnesium yang bekerja sama dengan kalium akan membantu mengawal kecepatan dan ketidakteraturan denyutan jantung tersebut.
ASMA
.
Serangan penyakit dapat dikenal pasti dengan serangan sesak napas berulang kali disertai dengan nafas yang berbunyi kerana kejang otot di bahagian tekak.
.
Beberapa kajian menunjukkan hubungan antara asma dengan defisiensi magnesium. Banyak penelitian yang menunjukkan bahawa ubat yang digunakan untuk terapi asma telah menyebabkan kehilangan
magnesium. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat memperbaiki saluran pernafasan.
EPILEPSI
Penyakit ini terjadi kerana adanya gangguan sistem saraf pusat yang terjadi kerana letusan pelepasan muatan letrik sel saraf secara berulang dengan gejala penurunan kesedaran, gangguan motor saraf dan mental disertai atau tanpa kejang-kejang. Sebuah kajian di Amerika
Syarikat menunjukkan bahawa pada kondisi ayan, ada defisiensi magnesium di dalam darah pasien. Pemberian suplementasi magnesium dos tinggi (450 mg) dapat mengatasi sawan dalam waktu singkat.
.
AUSTISME
.
Gangguan ini ditunjukkan dengan fikiran dan perilaku seseorang yang cenderung ke arah diri sendiri dan tidak dapat diperbaiki melalui bantuan orang lain. Ujian klinikal yang dilakukan di
Amerika Syarikat dan Kanada menunjukkan bahawa penyakit autisme dapat diperbaiki dengan terapi pemberian vitamin B6 dengan dos tinggi (300—500 mg setiap hari). Tetapi terapi ini menimbulkan defisensi nutrien lain yang mengakibatkan pesakit mengalami lemah deria rasa dan gatal-gatal. Pemberian suplemen magnesium terbukti dapat menghilangkan kesan samping tersebut.
 
HIPERAKTIF
.
Dalam istilah kedoktoran, ianya disebut Attention Defisit Hyperactivity Disorder (ADHD) yang banyak terjadi pada kanak-kanak. Dalam satu kajian, didapati bahawa kanak-kanak yang menderita ADHD mengalami kekurangan banyak mineral, paling dan magnesium. Khasiat magnesium secara signifikan dapat menurunkan gejala-gejala hiperaktivi kepada kanak-kanak.
 
BATU KARANG
.
Salah satu penyebab utama penyakit ini adalah tingginya kandungan kalsium dan acid. Dengan mengamalkan magnesium, ia membolehkan asid dan kalsium yang berlebihan dapat dinyahkan.
 
SENGGUGUT
.
Sindrom ini disebabkan kerana adanya kekurangan magnesium yang ditunjukkan dengan gejala-gejala seperti pening, lenguh sendi, sembelit, jerawat, insomnia dan stress. Dengan
mengamalkan magnesium, ia dapat membantu melegakan kontraksi otot sehingga dapat meringankan atau menghilangkan gejala-gejala senggugut.
 
KETAGIHAN ALKOHOL
.
Ketagihan alkohol ini disebabkan kerana kekurangan magnesium di dalam tubuh. Perkara ini sudah dibuat kajian semenjak tahun 1960-an. Ketagihan alkohol umumnya mengalami kekurangan nutrisi kerana
mereka mendapatkan tenaga yang mereka perlukan terutama dari minuman yang rendah nutrisi kecuali alkohol, air dan karbohidrat. Meminum alkohol yang berlebihan juga menyebabkan berlebihan pembuangan magnesium melalui urin. Perkara ini menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit atau memparahkan lagi penyakit yang telah ada.
OSTEOPOROSIS
.
Penyakit ini ditunjukkan dengan
kereputan tulang kerana kehilangan mineral. Biasanya osteoporosis sering terjadi kepada wanita yang usia lanjut. Kekurangan magnesium pula akan menyebabkan osteoporosis. Mengamalkan magnesium telah terbukti dapat mencegah dan mengubati penyakit osteoporosis. Dalam hal ini, fungsi magnesium adalah membantu tubuh dalam metabolisme kalsium. Kajian klinikal yang dilakukan terhadap sebahagian wanita menopause selama 2 tahun menunjukkan bahawa pemberian magnesium
dapat mencegah terjadinya retak tulang dan secara signifikan dapat menguatkan struktur tulang.
INSOMNIA
.
Insomnia atau sukar tidur disebabkan ketegangan sistem saraf dan terganggunya sistem transmisi saraf yang membantu untuk mengawal tidur. Magnesium dan kalsium adalah mineral yang digunakan dalam pergerakan setiap otot, sehingga pengamalnya dapat
mengendurkan otot saraf dan menstabilkan kimia otak yang berkaitan dengan tidur sehingga dapat membantu penderita insomnia untuk mudah tidur.
SAKIT SENDI
.
Sakit sendi ini disebabkan kekurangan magnesium. Tidak seimbangnya fungsi kalsium dan magnesium dalam kontraksi dan relaksasi otot sehingga mengakibatkan timbulnya sakit sendi. Mengamalkan magnesium dapat mengimbangi
ketidakseimbangan otot sekaligus dapat menghilangkan sakit sendi.
STRESS
.
Stress merupakan emosi perasaan yang tidak keruan sehingga menyebabkan putus asa yang berpanjangan. Punca stress banyak, antaranya misalnya kekejangan otot, ketidakseimbangan hormon dan kelainan biokimia. Stress umumnya mengalami kekurangan magnesium
sehingga mengamalkan magnesium dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan stress

No comments: